MARCH 2024, WEBSITE UNDERGOING MASSIVE REMODELING. Do follow us on IG & FB @revxotic. Stay safe! Shopee Shop

Cara Pemasangan Panel Meter Bezza 2020

THIS TUTORIAL ARE TO BE PERFORMED AT YOUR OWN RISK. WE ARE NOT RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED AS A RESULT OF IMPROPER INSTALLATION.

Perkara yang perlu tahu sebelum memulakan pemasangan:

  1. Ambil gambar atau rakaman video meter anda sebelum mulakan pemasangan. Sila ambil tahu kedudukan jarum KMH dan RPM. Ambil tahu juga mana-mana warning simbol yang memang menyala. TRIP A, B, AVG kecuali ODO akan reset menjadi 0 selepas cabut kabel meter.
  2. Jangan pusingkan jarum keatas dan kebawah sekiranya tidak mahu jarum meter anda lari dari kedudukan asal. Biar di kedudukan asal walaupun sedang mencabut jarum.
  3. Ingat kedudukan cable meter (jangan terbalik semasa melakukan proses pemasangan kembali cable meter).
  4. Pastikan tangan anda besih bagi mengelakkan bahagian dalam meter anda kotor! Sila pakai sarung tangan tidak berbulu sekiranya tangan anda mudah berpeluh.
  5. Sila berhati-hati memegang bahagian hadapan papan meter original dan papan meter kami bagi mengelakkan calar/kotor.
  6. Baca kesemua langkah dibawah sebelum bermula!

Sila tanggung risiko sendiri dalam melakukan proses pemasangan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan kesilapan anda sendiri semasa melakukan pemasangan. Sila dapatkan bantuan yang lebih pakar sekiranya tidak yakin dalam pemasangan.