1. Turunkan steering, signal dan wiper switch ke bawah. Tarik keluar meter dashboard cover.
2. Buka dua skru dan keluarkan meter.
3. Cabut cable dibahagian belakang meter. Tekan klip cable sambil tarik cable keluar. Jangan tarik tanpa menekan klip.
4. Tolak keluar semua klip cover meter. Atas 3 klip, bawah 2 klip, kiri 2 dan kanan 2 klip.
5. Tanggalkan plastik cover dan jarum dengan menggunakan remover yang disediakan. Pegang jarum (untuk hold position batang). Pastikan batang jarum tidak tergerak.
WARNING! TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN. JANGAN GUNA FORCE YANG BANYAK ATAU KASAR.
6. Tanggalkan klip sebelum keluarkan papan meter original. Atau boleh tarik saja papan meter, klip akan tercabut.
7. Lekat sedikit sticker/masking tape pada kawasan yang dibulatkan di dalam gambar. (Bagi mengurangkan cahaya tembus pada design yang tidak hitam pada bahagian itu).
8. Pasangkan papan meter baru dan pastikan semua lubang berada di kedudukan yang betul. Tekan sedikit pada bahagian bulatan nombor 3 supaya papan meter rapat sehingga ke bawah.
9. Klip semula papan meter dengan menggunakan klip asal.
Cucuk semula semua jarum pada kedudukan asal (engine off). Jangan cucuk terlalu longgar (boleh tercabut semasa high speed) dan jangan terlalu ketat.
10. Pasang plastik cover ini sekiranya perlu (bergantung pada design yang dipilih).
11. Bersihkan habuk sekiranya ada. Rapatkan semua klip. Pasang cable meter (jangan terbalik) dan cek jarum meter anda untuk pastikan jarum tiada masalah sebelum pasang semula skru dan dashboard cover.