1. Turunkan steering, signal dan wiper switch ke bawah. Tarik keluar meter dashboard cover.
2. Buka dua skru dan keluarkan meter.
3. Cabut cable dibahagian belakang meter. Tekan klip cable sambil tarik cable keluar. Jangan tarik tanpa menekan klip.
4. Tolak keluar semua klip cover meter. Atas 3 klip, bawah 2 klip, kiri 2 dan kanan 2 klip.
5. Tanggalkan plastik cover dan jarum dengan menggunakan remover yang disediakan. Pegang jarum (untuk hold position batang). Pastikan batang jarum tidak tergerak.
WARNING! TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN. JANGAN GUNA FORCE YANG BANYAK ATAU KASAR.
6. Keluarkan papan meter original. Berhati-hati di kawasan jarum ketika menanggalkan papan meter disebabkan ada hook kecil untuk meletakkan papan meter.
7. Lekat sedikit sticker/masking tape pada kawasan yang dibulatkan di dalam gambar. (Bagi mengurangkan cahaya tembus pada design yang tidak hitam pada bahagian itu).
8. Pasangkan papan meter baru dan pastikan semua lubang berada di kedudukan yang betul termasuk hook pada papan meter. Tekan sedikit pada bahagian bulatan nombor 3 supaya papan meter rapat sehingga ke bawah.
Cucuk semula semua jarum pada kedudukan asal (engine off). Jangan cucuk terlalu longgar (boleh tercabut semasa high speed) dan jangan terlalu ketat.
9. Pasang semula plastik cover ini sekiranya perlu (bergantung pada design yang dipilih).
10. Bersihkan habuk sekiranya ada sebelum pasang semula cover. Rapatkan semua klip. Pasang cable meter (jangan terbalik) dan cek jarum meter anda untuk pastikan jarum tiada masalah sebelum pasang semula skru dan dashboard cover.