MARCH 2024, WEBSITE UNDERGOING MASSIVE REMODELING. Do follow us on IG & FB @revxotic. Stay safe! Shopee Shop

FAQ

Soalan Lazim


Panel meter model kereta apa sahaja yang boleh dibuat?

Tekan sini.

 

 

Bolehkah sekiranya saya nak buat panel meter untuk motorsikal?

Boleh, bergantung pada model.

 

 

Bolehkah saya custom lain-lain design?

Boleh.

 

 

Perlukah saya hantar meter?

Tidak perlu, kami akan pos papan meter yang anda tempah dan anda boleh melakukan pemasangan sendiri (cara pemasangan dan alat disediakan).

 

 

Berapa lama masa produksi di ambil?

Sebaik sahaja kami terima papan meter asal (sekiranya perlu) dan confirm design dengan anda, proses pembuatan akan mengambil masa 5 ke 7 hari bergantung pada jumlah tempahan yang kami terima. Kami memerlukan sekurang-kurangnya 2 hari untuk proses pembuatan papan meter sebaik sahaja design siap. Proses design akan mengambil masa yang panjang dan mungkin akan mengambil masa sehingga seminggu. Jadi, sebaik sahaja tempahan dibuat, kami akan memberitahu pada anda berapa panjang senarai yang perlu ditunggu dan bila kami boleh mulakan proses pembuatan papan meter anda.

 

 

Berapa harga papan meter custom?

Harga adalah berbeza bergantung pada design yang hendak dibuat. Anggaran harga untuk custom order adalah dari RM130 hingga RM200 (untuk kereta) bergantung pada kerumitan design anda.

 

 

Lampu backlight meter saya warna oren/merah, boleh tak kalau saya nak pasang papan meter custom ni?

Ya boleh, tetapi night-time lighting effect tidak akan sama dengan meter yang mempunyai lampu warna putih. Papan meter custom sesuai untuk meter yang mempunyai backlight berwarna putih.

 

Boleh saya tukar backlight meter saya?

Buat masa sekarang, kami tidak ada mengambil tempahan untuk kerja-kerja custom built-in LED’s mahupun custom jarum meter.

 

 

Apakah bahan yang digunakan untuk buat papan meter?

Papan plastik custom lutsinar dengan tambahan finishing untuk proses percetakan. Papan plastik yang digunakan boleh menahan haba yang tinggi di dalam kereta yang dijemur di bawah cahaya matahari. Kebanyakan plastik nipis akan melengkung atau mengecut dalam keadaan suhu yang tinggi. Papan plastik yang digunakan sangat sesuai untuk penghasilan papan meter.

 

 

Bagaimana cara nak pasang papan meter?

Anda boleh rujuk cara pemasangan di sini. INGAT, kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan kesilapan anda sendiri semasa melakukan pemasangan.

 

 

Ada servis pemasangan?

Ya ada dengan cas tambahan, lokasi Sg Petani. Masa dan slot terhad.

 

 

Bagaimana cara bayaran untuk custom order?

Untuk tempahan custom, proses design tidak akan dimulakan melainkan bayaran penuh telah dibuat. Tempahan melalui WhatsApp.