THIS TUTORIAL ARE TO BE PERFORMED AT YOUR OWN RISK. WE ARE NOT RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED AS A RESULT OF IMPROPER INSTALLATION.
Sila tanggung risiko sendiri dalam melakukan proses pemasangan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan kesilapan anda sendiri semasa melakukan pemasangan. Sila dapatkan bantuan yang lebih pakar sekiranya tidak yakin dalam pemasangan.
Langkah pemasangan dibawah adalah sebagai rujukan sahaja. Sekiranya anda biasa dan yakin dengan proses pemasangan meter dan mempunyai cara tersendiri, tidak perlu ikut langkah dibawah.
Perkara yang perlu tahu sebelum memulakan pemasangan:
Langkah pemasangan:
1. Turunkan steering pada tahap paling rendah. Lever untuk turunkan steering berada dibawah steering dalam kawasan yang dibulatkan didalam gambar. Turunkan signal switch dan wiper switch ke bawah.
2. Tarik cluster dashboard cover kiri dan kanan. Tarik kedua bahagian yang dibulatkan dalam gambar dan keluarkan cover dashboard tersebut.
3. Buka dua skru di bahagian bawah meter, kiri dan kanan. Gambar sebagai contoh.
4. Cabut cable dibahagian belakang meter. Tekan klip cable sambil tarik cable keluar. Jangan tarik tanpa menekan klip ya! Gambar sebagai contoh.
5. Setelah meter berjaya dikeluarkan, pastikan kerja pembukaan meter adalah dikawasan yang sesuai dan bersih.
MYVI GEN3 FACELIFT buka 4 allen screw sebelum buka cover hitam hadapan.
6. Tolak keluar semua klip clear cover. Atas 4, bawah 3.
7. Keluarkan cover hitam. Atas 2 klip, kanan 1, kiri 1 dan bawah 4 klip.
8. Tanggalkan tiga plastic frame pada bahagian KMH, RPM dan warning simbol atas.
WARNING! TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN. JANGAN GUNA FORCE YANG BANYAK ATAU KASAR. SILA DAPATKAN BANTUAN YANG LEBIH PAKAR SEKIRANYA TIDAK YAKIN UNTUK MENANGGALKAN JARUM.
9. WARNING! TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN. JANGAN GUNA FORCE YANG BANYAK ATAU KASAR. SILA DAPATKAN BANTUAN YANG LEBIH PAKAR SEKIRANYA TIDAK YAKIN UNTUK MENANGGALKAN JARUM.
Tanggalkan jarum dengan menggunakan remover yang disediakan. Pegang jarum (untuk hold position batang), tolak remover ke bawah bahagian tengah jarum 90 darjah dengan arah jarum (posisi jarum 0). Remover lebih kurang atas RPM 3 dan KMH 80. Rujuk gambar. Dan cungkil remover dengan perlahan untuk kluarkan jarum. Pastikan batang jarum tidak tergerak (jarum boleh lari dari kedudukan asal sekiranya silap). Jarum KMH juga dicabut dengan cara yang sama.
10. Selesai tanggalkan jarum, keluarkan papan meter original. Masukkan plastic ring yang diterima didalam package sekiranya ingin kurangkan cahaya pada bahagian tengah jarum. Rujuk gambar. Sekiranya anda lebih suka bahagian tengah jarum bercahaya, tidak perlu pasang plastik cover bulat tersebut.
11. Pasang papan meter yang baru dan pastikan kesemua lubang papan meter pada kedudukan yang betul. Sila cek dengan teliti. Pasang semula plastik frame RPM, KMH dan simbol indikator bahagian atas. Pastikan kesemua lubang pada kedudukan yang asal.
12. WARNING! JANGAN CUCUK JARUM TERLALU KETAT. CUKUP HANYA MASUK SEPARUH DAN TIDAK BERGOYANG/LONGGAR.
Cucuk semula kedua jarum pada kedudukan asal (engine off). Posisi seperti gambar yang anda ambil sebelum mulakan proses pemasangan. Jangan cucuk terlalu ketat (jarum tersangkut tidak boleh berpusing) dan jangan terlalu longgar (boleh tercabut semasa high speed).
13. Bersihkan habuk sekiranya ada sebelum pasang semula cluster case cover. Rapatkan semua klip sebelum pasang semula kedalam dashboard. Cucuk semula cable meter (jangan terbalik) dan cek meter dan jarum meter anda semasa idle untuk pastikan jarum tiada masalah sebelum pasang smula skru dan dashbboard cover.