1. Turunkan steering, signal dan wiper switch ke bawah. Buka dua skru dan tarik keluar meter dashboard cover.
2. Buka empat skru dan keluarkan meter.
3. Tanggalkan cable dibahagian belakang meter. Tekan pin kelabu dan tarik klip hitam. Cable hanya boleh di cabut selepas klip hitam sudah di buka.
4. Tolak keluar semua klip cover meter. Atas 4 klip, bawah 3 klip.
5. Tanggalkan jarum dengan menggunakan remover yang disediakan. Boleh pegang hujung jarum (untuk elakkan jarum lari dari kedudukan 0). Pastikan batang jarum tidak tergerak.
TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
6. Pasangkan papan meter baru dan pastikan semua lubang berada di kedudukan yang betul. Tekan sedikit pada semua bahagian lubang supaya papan meter rapat sehingga ke bawah.
7. Cucuk semula semua jarum pada kedudukan asal (engine off). Rapatkan semua klip. Pasang cable meter (jangan terbalik) dan cek jarum meter anda untuk pastikan jarum tiada masalah sebelum pasang semula skru dan dashboard cover.