MARCH 2024, WEBSITE UNDERGOING MASSIVE REMODELING. Do follow us on IG & FB @revxotic. Stay safe! Shopee Shop

Cara Pemasangan Panel Meter Inspira & Lancer GTE

THIS TUTORIAL ARE TO BE PERFORMED AT YOUR OWN RISK. WE ARE NOT RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED AS A RESULT OF IMPROPER INSTALLATION.

Sebelum mulakan pemasangan:

  1. Ambil gambar atau rakaman video meter anda sebelum mulakan pemasangan. Ambil tahu mana-mana warning simbol yang memang menyala.
  2. Ingat kedudukan cable meter (jangan terbalik semasa melakukan proses pemasangan kembali cable meter).
  3. Pastikan tangan anda bersih bagi mengelakkan bahagian dalam meter anda kotor! Sila pakai sarung tangan tidak berbulu sekiranya tangan anda mudah berpeluh.
  4. Sila berhati-hati memegang bahagian hadapan papan meter original dan papan meter kami bagi mengelakkan calar/kotor.

Langkah pemasangan:

1. Tekan gambar untuk video cara keluarkan meter dari kereta.

**Kredit kepada pemilik video MK try

2. Selepas berjaya keluarkan meter dari kereta, tanggalkan cover meter clear & hitam.

3. Cabut jarum dengan menggunakan alat yang disediakan.

4. Keluarkan papan meter orignal dengan berhati-hati.

 

Perhatian bagi pengguna model meter Inspira sahaja! (untuk design RPM dan KMH 0, posisi pukul 6 dan pukul 9)

-Bagi mendapatkan pencahayaan yang penuh, bahagian kotak plastik cover untuk slot warning light perlu di potong sedikit untuk beri laluan cahaya masuk pada keseluruhan design.

5. Alat yang mudah didapati bagi memotong bahagian tersebut adalah dengan menggunakan top plier cutter & standard plier cutter

 

**Plier cutter TIDAK disediakan di dalam pakej

6. Pasang cover hitam dan lukis garisan sebagai tanda bahagian untuk dipotong.

7. Contoh bahagian yang sudah di potong. Tidak perlu potong habis sampai kebawah, cukup sekadar bagi ruang cahaya masuk. Kalau masih tidak puas hati lepas pasang, buka semula dan trim lagi bahagian ini.

 

Sekiranya rajin tiada masalah untuk buang sampai licin :)

 

Tutup lubang warning light yang mempunyai LED dengan menggunakan tape hitam sekiranya perlu.

8. Pasang papan meter yang baru. Pastikan lubang RPM dan KMH terletak dibawah 'hook' meter dan semua lubang berada di kedudukan yang betul.

9. Cara pasang jarum, letak jarum pada kdudukan yang lebih tinggi dari 0, dan pusing jarum lawan arah jam hingga tepat pada kosong.

 

Sekiranya terlebih pusing, cabut jarum dan pasangkan terus pada kedudukan 0 sahaja atau ulang semula langkah di atas.

10. Pasang semula cover meter dan siap!