THIS TUTORIAL ARE TO BE PERFORMED AT YOUR OWN RISK. WE ARE NOT RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED AS A RESULT OF IMPROPER INSTALLATION.
Perkara yang perlu tahu sebelum memulakan pemasangan:
Sila tanggung risiko sendiri dalam melakukan proses pemasangan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan kesilapan anda sendiri semasa melakukan pemasangan. Sila dapatkan bantuan yang lebih pakar sekiranya tidak yakin dalam pemasangan.
Langkah pemasangan:
1. Tarik meter dashboard cover seperti yang dibulatkan didalam gambar untuk membuka cover tersebut.
2. Tarik keluar meter. Cabut cable dibahagian belakang meter. Tekan klip cable dan tanggalkan cable.
3. Tolak keluar semua klip cover meter termasuk bahagian sisi (gambar contoh untuk meter Axia 2014).
4. Tanggalkan jarum dengan menggunakan remover yang disediakan. Pegang jarum (untuk hold position batang). Pastikan batang jarum tidak tergerak (jarum boleh lari dari kedudukan asal).
WARNING! TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN. JANGAN GUNA FORCE YANG BANYAK ATAU KASAR.
5. Keluarkan papan meter original.
Spec E, G, Gxtra: Berhati-hati di bahagian jarum ketika menanggalkan papan meter disebabkan ada hook kecil untuk meletakkan papan meter.
Spec SE, Advance, Style: Anda hanya perlu menarik keluar clip pada bahagian lubang KMH.
6. SPEC E, G, Gxtra: Bagi mendapatkan pencahayaan pada bahagian KMH yang sekata, letakkan diffuser yang disediakan pada bahagian KMH seperti di dalam gambar. Rapatkan ketiga tiga bahagian yang di bulatkan.
7. Pasangkan papan meter baru dan pastikan semua lubang berada di kedudukan yang betul termasuk hook pada papan meter. Pasang semula klip pada bahagian tengah bagi Spec SE, Av, Style.
Cucuk semula semua jarum pada kedudukan asal (engine off).
8. Bersihkan habuk sekiranya ada sebelum pasang semula cluster case cover. Rapatkan semua klip sebelum pasang semula kedalam dashboard. Pasang semula cable meter (jangan terbalik) dan cek meter dan jarum meter anda semasa idle untuk pastikan jarum tiada masalah.