THIS TUTORIAL ARE TO BE PERFORMED AT YOUR OWN RISK. WE ARE NOT RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED AS A RESULT OF IMPROPER INSTALLATION.
Perkara yang perlu tahu sebelum memulakan pemasangan:
Sila tanggung risiko sendiri dalam melakukan proses pemasangan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan kesilapan anda sendiri semasa melakukan pemasangan. Sila dapatkan bantuan yang lebih pakar sekiranya tidak yakin dalam pemasangan.
Langkah pemasangan:
1. Tarik meter dashboard cover seperti yang dibulatkan didalam gambar untuk membuka cover tersebut.
2. Tarik keluar meter. Cabut cable dibahagian belakang meter. Tekan klip cable dan tanggalkan cable.
3. Tolak keluar semua klip cover meter termasuk bahagian sisi.
4. Tanggalkan jarum dengan menggunakan remover yang disediakan. Pegang jarum (untuk hold position batang). Pastikan batang jarum tidak tergerak (jarum boleh lari dari kedudukan asal).
WARNING! TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN. JANGAN GUNA FORCE YANG BANYAK ATAU KASAR.
5. Keluarkan papan meter original. Berhati-hati di bahagian jarum ketika menanggalkan papan meter disebabkan ada hook kecil untuk meletakkan papan meter.
6. (PILIHAN, TIDAK WAJIB DI LAKUKAN) Bagi mendapatkan pencahayaan meter yang cantik, plastic pada bahagian no1 (rujuk gambar), perlu dipotong (contoh pada bahagian no2 sudah dipotong) terutamanya bagi design meter code 0801 dan 0804.
7. Rujuk gambar contoh. Hanya kelihatan ketika malam.
8. Pasang papan meter baru dan pastikan semua lubang berada di kedudukan yang betul termasuk hook pada papan meter.
Cucuk semula semua jarum pada kedudukan asal (engine off). Posisi seperti gambar yang anda ambil sebelum mulakan proses pemasangan.
9. Bersihkan habuk sekiranya ada sebelum pasang semula cluster case cover. Rapatkan semua klip sebelum pasang semula kedalam dashboard. Pasang semula cable meter (jangan terbalik) dan cek meter dan jarum meter anda semasa idle untuk pastikan jarum tiada masalah.