THIS TUTORIAL ARE TO BE PERFORMED AT YOUR OWN RISK. WE ARE NOT RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED AS A RESULT OF IMPROPER INSTALLATION.
Perkara yang perlu tahu sebelum memulakan pemasangan:
Sila tanggung risiko sendiri dalam melakukan proses pemasangan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan kesilapan anda sendiri semasa melakukan pemasangan. Sila dapatkan bantuan yang lebih pakar sekiranya tidak yakin dalam pemasangan.
Langkah pemasangan:
1. Tarik meter dashboard cover pada bahagian atas dahulu dan kemudian tarik cover bahagian bawah seperti yang dibulatkan didalam gambar.
2. Buka 4 skru meter.
3. Tarik keluar meter. Cabut cable dibahagian belakang meter. Tekan klip cable dan tanggalkan cable.
4. Tolak keluar semua klip cover meter.
5. Tanggalkan jarum dengan menggunakan remover yang disediakan. Pegang jarum (untuk hold position batang).
PERINGATAN! TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN. JANGAN GUNA TENAGA YANG KUAT ATAU KASAR.
6. Tarik keluar papan meter asal.
7. Pasangkan papan meter baru dan pastikan semua lubang berada di kedudukan yang betul dan rapat.
Cucuk semula semua jarum pada kedudukan asal (engine off).
8. Bersihkan habuk sekiranya ada sebelum pasang semula cluster case cover. Rapatkan semua klip sebelum pasang semula kedalam dashboard. Pasang semula cable meter (jangan terbalik) dan cek meter dan jarum meter anda semasa idle untuk pastikan jarum tiada masalah.