MARCH 2024, WEBSITE UNDERGOING MASSIVE REMODELING. Do follow us on IG & FB @revxotic. Stay safe! Shopee Shop

Cara Pemasangan Panel Meter Almera (N17)

THIS TUTORIAL ARE TO BE PERFORMED AT YOUR OWN RISK. WE ARE NOT RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED AS A RESULT OF IMPROPER INSTALLATION.

Perkara yang perlu tahu sebelum memulakan pemasangan:

  1. Ambil gambar atau rakaman video meter anda sebelum mulakan pemasangan. Sila ambil tahu kedudukan jarum KMH dan RPM (semasa engine off dan idle). Ambil tahu juga mana-mana warning simbol yang memang menyala.
  2. Jangan pusingkan jarum keatas dan kebawah sekiranya tidak mahu jarum meter anda lari dari kedudukan asal. Biar di kedudukan asal walaupun sedang mencabut jarum.
  3. Ingat kedudukan cable meter (jangan terbalik semasa melakukan proses pemasangan kembali cable meter).
  4. Sila berhati-hati memegang bahagian hadapan papan meter original dan papan meter kami bagi mengelakkan calar/kotor.

Sila tanggung risiko sendiri dalam melakukan proses pemasangan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan kesilapan anda sendiri semasa melakukan pemasangan. Sila dapatkan bantuan yang lebih pakar sekiranya tidak yakin dalam pemasangan.

 

Langkah pemasangan:

1. Tarik meter dashboard cover seperti didalam gambar untuk membuka cover tersebut.

2. Buka dua skru kiri dan kanan. Gambar sebagai contoh.

3. Cabut cable dibahagian belakang meter. Tekan klip cable sambil tarik cable keluar.

4. Tolak keluar semua klip cover meter. Bawah 4 klip, atas 3 klip, kiri 2 dan kanan 2.

5. Tanggalkan jarum dengan menggunakan remover yang disediakan. Boleh pegang jarum untuk pastikan batang jarum tidak tergerak dari posisi 0.

 

WARNING! TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN. JANGAN GUNA FORCE YANG BANYAK ATAU KASAR.

6. Selesai tanggalkan jarum, keluarkan papan meter original dan pasangkan papan meter yang baru. 

Pasang jarum pada kedudukan seperti didalam gambar atau mana-mana kedudukan selain 0.


7. Pusing jarum arah berlawanan perlahan-lahan sehingga berada di posisi 0.


Jangan cucuk terlalu longgar (mungkin boleh tertanggal) dan jangan terlalu rapat hingga ke papan meter.

8. Bersihkan habuk sekiranya ada sebelum pasang semula cluster case cover. Rapatkan semua klip sebelum pasang semula kedalam dashboard. Pasang semula cable meter (jangan terbalik) dan cek meter dan jarum meter anda semasa idle untuk pastikan jarum tiada masalah sebelum pasang smula skru dan dashboard cover.