MARCH 2024, WEBSITE UNDERGOING MASSIVE REMODELING. Do follow us on IG & FB @revxotic. Stay safe! Shopee Shop

Cara Pemasangan Panel Meter MYVI Gen-2

THIS TUTORIAL ARE TO BE PERFORMED AT YOUR OWN RISK. WE ARE NOT RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED AS A RESULT OF IMPROPER INSTALLATION.

Perkara yang perlu tahu sebelum memulakan pemasangan:

  1. Ambil gambar atau rakaman video meter anda sebelum mulakan pemasangan. Sila ambil tahu kedudukan jarum KMH dan RPM (engine off), dan kedudukan jarum KMH dan RPM (semasa idle). Ambil tahu juga mana-mana warning simbol yang memang menyala. Perlu dirujuk semula untuk pemasangan semula jarum.
  2. Jangan pusingkan jarum keatas dan kebawah sekiranya tidak mahu jarum meter anda lari dari kedudukan asal. Biar di kedudukan asal walaupun sedang mencabut jarum.
  3. Ingat kedudukan cable meter (jangan terbalik semasa melakukan proses pemasangan kembali cable meter).
  4. Pastikan tangan anda besih dari segala kekotoran bagi mengelakkan bahagian dalam meter anda kotor! Sila pakai sarung tangan tidak berbulu sekiranya tangan anda mudah berpeluh.
  5. Jangan sesekali sentuh bahagian elektronik board meter (kalau basah boleh short!).
  6. Sila berhati-hati memegang bahagian hadapan papan meter original dan papan meter kami bagi mengelakkan calar/kotor.
  7. Baca kesemua langkah dibawah sebelum bermula!

Sila tanggung risiko sendiri dalam melakukan proses pemasangan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan kesilapan anda sendiri semasa melakukan pemasangan. Sila dapatkan bantuan yang lebih pakar sekiranya tidak yakin dalam pemasangan.

 

Langkah pemasangan:

1. Cungkil dan tarik sedikit bahagian kiri dan kanan bahagian bawah meter cover menggunakan tools yang diberikan.

2. Tarik cluster dashboard dimulakan pada bahagian atas. Tarik sekeliling cover dan keluarkan cover dashboard tersebut. Gambar sebagai contoh.

3. Buka empat skru yang dibulatkan didalam gambar.

4. Cabut cable dibahagian belakang meter. Tekan klip cable sambil tarik cable keluar. Jangan tarik tanpa menekan klip. Gambar sebagai contoh.

5. Setelah meter berjaya dikeluarkan, pastikan kerja pembukaan meter adalah dikawasan yang sesuai dan bersih.

6. Tolak keluar semua klip cover meter. Kiri 1, kanan 1, atas 5, bawah 4.

7. Buka dua skru LCD dan tarik keluar perlahan-lahan LCD tersebut. Hati-hati dengan cable LCD.

8. WARNING! TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN. JANGAN GUNA FORCE YANG BANYAK ATAU KASAR. SILA DAPATKAN BANTUAN YANG LEBIH PAKAR SEKIRANYA TIDAK YAKIN UNTUK MENANGGALKAN JARUM.

Tanggalkan jarum dengan menggunakan remover yang disediakan. Pegang jarum (untuk hold position batang). Pastikan batang jarum tidak tergerak (jarum boleh lari dari kedudukan asal sekiranya silap).

9. Selesai tanggalkan jarum, keluarkan papan meter original dan pasangkan papan meter yang baru.

10. CUCUK SEMULA JARUM SEPERTI KEADAAN ASAL JARUM SEBELUM CABUT.

Cucuk semula kedua jarum pada kedudukan asal (engine off). Posisi seperti gambar yang anda ambil sebelum mulakan proses pemasangan. Jangan cucuk terlalu longgar (boleh tercabut semasa high speed atau jarum boleh stuck pada bahagian LCD tengah).

11. Bersihkan habuk sekiranya ada sebelum pasang semula LCD dan cluster case cover. Rapatkan semua klip sebelum pasang semula kedalam dashboard. Cucuk semula cable meter (jangan terbalik) dan cek meter dan jarum meter anda semasa idle untuk pastikan jarum tiada masalah sebelum pasang smula skru dan dashbboard cover.