MARCH 2024, WEBSITE UNDERGOING MASSIVE REMODELING. Do follow us on IG & FB @revxotic. Stay safe! Shopee Shop

Cara Pemasangan Panel Meter MYVI Gen-1 (3 Muka)

THIS TUTORIAL ARE TO BE PERFORMED AT YOUR OWN RISK. WE ARE NOT RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED AS A RESULT OF IMPROPER INSTALLATION.

Perkara yang perlu tahu sebelum memulakan pemasangan:

  1. Ambil gambar atau rakaman video meter anda sebelum mulakan pemasangan. Sila ambil tahu kedudukan jarum KMH, RPM, dan Temperature (semasa engine off dan idle). Ambil tahu juga mana-mana warning simbol yang memang menyala.
  2. Jangan pusingkan jarum keatas dan kebawah sekiranya tidak mahu jarum meter anda lari dari kedudukan asal. Biar di kedudukan asal walaupun sedang mencabut jarum.
  3. Ingat kedudukan cable meter (jangan terbalik semasa melakukan proses pemasangan kembali cable meter).
  4. Pastikan tangan anda besih bagi mengelakkan bahagian dalam meter anda kotor! Sila pakai sarung tangan tidak berbulu sekiranya tangan anda mudah berpeluh.
  5. Sila berhati-hati memegang bahagian hadapan papan meter original dan papan meter kami bagi mengelakkan calar/kotor.
  6. Baca kesemua langkah dibawah sebelum bermula!

Sila tanggung risiko sendiri dalam melakukan proses pemasangan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan kesilapan anda sendiri semasa melakukan pemasangan. Sila dapatkan bantuan yang lebih pakar sekiranya tidak yakin dalam pemasangan.

 

Langkah pemasangan:

1. Tarik meter dashboard cover seperti yang dibulatkan didalam gambar untuk membuka cover tersebut. (Langkah adalah sama dengan Myvi Gen-1 2Muka)

2. Buka tiga skru dan keluarkan meter.

3. Cabut cable dibahagian belakang meter. Tekan klip cable sambil tarik cable keluar. Jangan tarik tanpa menekan klip.

4. Tolak keluar semua klip cover meter. Atas 4 klip dan bawah 3 klip.

5. Tanggalkan jarum dengan menggunakan remover yang disediakan. Pegang jarum (untuk hold position batang). Pastikan batang jarum tidak tergerak (jarum boleh lari dari kedudukan asal sekiranya silap).

 

WARNING! TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN. JANGAN GUNA FORCE YANG BANYAK ATAU KASAR. SILA DAPATKAN BANTUAN YANG LEBIH PAKAR SEKIRANYA TIDAK YAKIN UNTUK MENANGGALKAN JARUM.

6. Selesai tanggalkan jarum, keluarkan papan meter original. Berhati-hati di area jarum ketika menanggalkan papan meter disebabkan ada hook kecil untuk meletakkan papan meter.

7. Pasangkan papan meter baru dan pastikan semua lubang berada di kedudukan yang betul termasuk hook pada jarum meter.

 

Cucuk semula semua jarum pada kedudukan asal (engine off). Posisi seperti gambar yang anda ambil sebelum mulakan proses pemasangan. Jangan cucuk terlalu longgar (boleh tercabut semasa high speed) dan jangan terlalu ketat.

8. Bersihkan habuk sekiranya ada sebelum pasang semula cluster case cover. Rapatkan semua klip sebelum pasang semula kedalam dashboard. Pasang semula cable meter (jangan terbalik) dan cek meter dan jarum meter anda semasa idle untuk pastikan jarum tiada masalah sebelum pasang semula skru dan dashboard cover.