THIS TUTORIAL ARE TO BE PERFORMED AT YOUR OWN RISK. WE ARE NOT RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED AS A RESULT OF IMPROPER INSTALLATION.
Risiko jarum model MG3 untuk loose sangat tinggi sekiranya jarum ditarik terlalu kuat. Anda boleh terus ke lokasi kami di Sg Petani, Kedah sekiranya berdekatan (free adjustment sekiranya anda belum membuka bahagian belakang meter). Sekiranya anda telah cuba untuk lakukan tutorial di bawah dan berniat untuk ke lokasi kami, kami tidak akan jamin jarum boleh dibaiki sekiranya anda telah melakukan kesilapan.
Anda juga boleh rujuk tutorial di bawah sekiranya ingin membaiki sendiri. Sila tanggung risiko sendiri dalam melakukan proses dibawah. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerosakan disebabkan kesilapan anda sendiri semasa melakukan tutorial ini.
Sebelum mulakan tutorial dibawah, sila pastikan jarum anda loose (bukan stuck). Sekiranya stuck, sila cabut semula jarum dengan cara yang betul dan letakkan semula jarum tidak terlalu ketat supaya tidak stuck.
Sebab Jarum Loose (tidak bergerak semasa start kereta):
Posisi betul kedudukan dalam gear RPM/KMH. Gambar 1.
Kedudukan parts di dalam gear KMH/RPM sekiranya jarum loose. Gambar 2.
Motif tutorial ini adalah untuk meletakkan semula besi tersebut ketempat asal. Gambar 1.
1. Tanggalkan kedua jarum dengan cara yang betul, dan papan meter anda.
2. Buka plastik cover hitam di bahagian belakang. Atas 3 klip, bawah 3 klip, kiri dan kanan 2 klip.
3. Keluarkan board hijau dibelakang. Pastikan 4 klip putih dibuka sebelum tarik board keluar. Susah sikit untuk keluarkan board sebab melekat dengan pin LCD bahagian hadapan.
4. Biarkan getah button pada kedudukan asal.
5. Cucuk 2 pin yang dibulatkan untuk keluarkan stepper motor jarum yang ingin dibetulkan.
6. Ada 4 klip casing stepper motor boleh buka (tanda arrow), dan 2 klip mati yang tak boleh dibuka (tanda bulat). Kalau boleh, cuba buka 2 klip bahagian bawah dulu dan try angkat besi yang jatuh dari bawah tanpa buka casing sepenuhnya. Rujuk gambar seterusnya.
7. Boleh view macam dalam gambar, dan angkat besi guna alat kecil, angkat ke kanan dalam lubang (rujuk gambar kedudukan besi normal)
8. Sekiranya tak boleh nak angkat besi ke kedudukan asal, perlu rosakkan dua pin mati yang di dalam bulatan. Boleh cungkil. Pin mati tersebut seperti paku (perlu rosakkan kepala paku tu baru boleh buka case).
9. Sekiranya sudah boleh buka, letakkan semula besi tersebut di kedudukan asal.
10. Tutup semula case dan cuba pusing batang jarum tersebut. Kalau sudah keras, maksudnya sudah ok. Rapatkan semula 'kepala pin' yang dah dicungkil tadi.
11. Letak semula gear jarum, cucuk semula dua pin dari bahagian atas untuk lock gear jarum pada board.
12. Pasang semula board, pastikan semua pin LCD masuk ke dalam slot masing2.
13. Tekan bahagian hadapan LCD untuk rapatkan semua pin LCD.
14. Pasang semula plastik cover belakang. Jangan pasang jarum dulu. Cucuk cable di kereta, start engine beberapa second, dan off semula engine. Kemudian baru pasang papan meter dan jarum pada kedudukan 0.
Jarum akan lebih sensitif untuk loose semula sekiranya anda cabut semula jarum, disebabkan gear case yang dibuka tadi sudah tidak ketat. Jadi pastikan anda pasang jarum sekali sahaja. Tak perlu buka semula.