MARCH 2024, WEBSITE UNDERGOING MASSIVE REMODELING. Do follow us on IG & FB @revxotic. Stay safe! Shopee Shop

Cara Pemasangan Panel Meter City GM6 & Jazz GK5 (S & S+ Spec)

THIS TUTORIAL ARE TO BE PERFORMED AT YOUR OWN RISK. WE ARE NOT RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED AS A RESULT OF IMPROPER INSTALLATION.

Sebelum mulakan pemasangan:

  1. Ambil gambar atau rakaman video meter anda sebelum mulakan pemasangan. Sila ambil tahu kedudukan jarum KMH dan RPM. Ambil tahu juga mana-mana warning simbol yang memang menyala.
  2. Ingat kedudukan cable meter (jangan terbalik semasa melakukan proses pemasangan kembali cable meter).
  3. Pastikan tangan anda bersih bagi mengelakkan bahagian dalam meter anda kotor! Sila pakai sarung tangan tidak berbulu sekiranya tangan anda mudah berpeluh.
  4. Sila berhati-hati memegang bahagian hadapan papan meter original dan papan meter kami bagi mengelakkan calar/kotor.

Langkah pemasangan:

1. Buka cover tepi dan buka 1 skru.

2. Tarik sedikit bahagian cover bawah pada sebelah kanan dan juga kiri steering.

3. Buka dua klip pada bahagian belakang steering. Tidak perlu tanggal steering.

4. Tekan gambar untuk video cara keluarkan meter dari kereta.

**Model kereta dalam video adalah 'left side driver'
**Kredit kepada pemilik video Car Hospital

5. Selepas berjaya keluarkan meter dari kereta, tanggalkan cover meter clear & hitam.

6. Cabut jarum dengan menggunakan alat yang disediakan.

7. Keluarkan papan meter asal dan pasangkan papan meter custom. Pastikan lubang RPM, KMH dan suhu terletak dibawah 'hook' meter.

8. Pasang jarum pada kedudukan seperti didalam gambar.

9. Pusing jarum arah berlawanan perlahan-lahan sehingga berada di posisi 0. Bagi kedudukan jarum suhu, rujuk gambar.

7. Pasang semula cover meter dan siap!