MARCH 2024, WEBSITE UNDERGOING MASSIVE REMODELING. Do follow us on IG & FB @revxotic. Stay safe! Shopee Shop

Cara Pemasangan Panel Meter Persona Iriz VVT

1. Turunkan steering, signal dan wiper switch ke bawah. Buka dua skru dan tarik keluar meter dashboard cover.

2. Buka empat skru dan keluarkan meter.

3. Tanggalkan cable dibahagian belakang meter. Tekan pin kelabu dan tarik klip hitam. Cable hanya boleh di cabut selepas klip hitam sudah di buka.

4. Tolak keluar semua klip cover meter. Atas 3 klip, bawah 2 klip.

5. Tanggalkan jarum dengan menggunakan remover yang disediakan. Alas papan meter dengan kain,

TANGGALKAN JARUM DENGAN PERLAHAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

6. Pusing klip papan meter KMH dan RPM lawan arah jam. Rujuk gambar.

7. Tarik papan meter original perlahan lahan. Terdapat gam/double sided tape yang melekatkan papan meter.

8. Letakkan papan meter baru pada kedudukan yang betul. Double sided tape hanya untuk model Sagat VVT.

 

**Klip KMH & RPM tidak perlu pasang

9. Cucuk sedikit jarum JANGAN KETAT, pada kedudukan RPM 1, KMH 40, kemudian pusingkan lawan arah jam sehingga 0, dan KETATKAN JARUM setelah anda pasati jarum sudah berada di kedudukan 0 yang tepat.

10. Rapatkan semua klip. Pasang cable meter (jangan terbalik) dan cek jarum meter anda untuk pastikan jarum tiada masalah sebelum pasang semula skru dan dashboard cover.